Modul 
Modul Pemasaran Online
Pelanggan digalakkan menggunakan modul ini untuk memasarkan produk dan perkhidmatan ke pasaran dunia tanpa sempadan untuk meningkatkan potensi jualan sediada sebagai alternatif kepada kaedah pemasaran konvensional.
Pemasaran online dibuat secara sistematik megikut kategori untuk memudahkan pelanggan membuat semakan dan pilihan sebelum sesuatu produk itu dibeli secara online.
Modul Promosi Berjadual Online
Setiap pelanggan yang melanggan modul eshoppe dapat menikmati modul promosi berjadual online secara automatik.
Semua produk dan perkhidmatan yang dipasarkan akan mendapat penjadualan secara automatik untuk dihebahkan di muka hadapan laman sesawang eshoppe untuk memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang dipasarkan mendapat hebahan maksimum
Modul E-komuniti Online
Melihat kepada potensi dan kehebatan FACEBOOK, MYSPACE, FRIENDSTER dan TWITTER dalam mengwujudkan pengikut, Eshoppe menyediakan perkhidmatan e-komuniti online melalui laman sesawang www.eshoppesucessteam.ning.com.
Melalui laman ini semua pelanggan eshoppe digalakkan mengaktifkan akaun e-komuniti masing-masing dan menggunakan laman tersebut sebagai landasan untuk hebahan online secara langsung.
Disini pelanggan boleh bertukar pendapat dan pengalaman secara langsung dan bersoal jawab berkenaan produk yang dipasarkan terus dengan bakal pelanggan atau pelanggan.
Modul Direktori Usahawan Online
Semua pelanggan eshoppe dapat memiliki direktori semua usahawan online eshoppe yang mengandungi semua profail asas seperti nama, no telefon, alamat, e-mail tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui.
Secara langsung direktori ini akan memudahkan pelanggan berhubung sesama pelanggan dan meluaskan hubungan rakan niaga sesama pelanggan.
Modul Loyalty Eshoppe
Semua pelanggan eshoppe boleh memiliki modul Loyalty Eshoppe dengan memohon mendapatkan kad eshoppe ataupun memohon menjadi kedai diskaun eshoppe.
Semua pelanggan layak memohon secara percuma untuk mendapatkan kad keahlian eshoppe.
Semua pelanggan juga layak memohon secara percuma menjadi "Kedai Diskaun Eshoppe" tetapi ia tertakluk kepada bayaran yuran tahunan bernilai RM 100 setahun.
Sebagai kedai diskaun eshoppe yang tersenarai ia berfungsi sebagai tempat pelanggan-pelanggan eshoppe berbelanja dengan pembelian berdiskaun.
Semua Kedai Diskaun Eshoppe akan terus berfungsi selagi ia mematuhi syarat pemberian diskaun minima 5% kepada pemegang kad keahlian eshoppe.
Semua pelanggan eshoppe ( pemegang kad eshoppe ) layak menikmati diskaun sepanjang hayat di semua kedai diskaun yang tersenarai walaupun ia tidak memperbaharui yuran modul eshoppe berjumlah RM120.00 sebulan.

