| |
Syarat-syarat Pertandingan
- Pertandingan terbuka kepada semua kaki-kaki pancing dan ahli eshoppe-icash seluruh Malaysia. Ia berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula pada hari Jumaat hingga Ahad iaitu 25/12/2009, 26/12/2009 dan 27/12/2009.
- Peserta pertandingan tidak terikat untuk menyertai atau menghabiskan semua 3 hari pertandingan tersebut. Peserta boleh menyertai 1 hari atau 2 hari pertandingan tersebut. Hadiah harian hanya untuk peserta pertandingan harian manakala hadiah keseluruhan hanya untuk peserta yang menghabiskan semua 3 hari pertandingan.
- Peserta yang menyertai 1 pertandingan iaitu samada hari pertama, kedua atau ketiga sahaja atau mana-mana 2 hari sahaja, hanya layak untuk hadiah setiap hari pertandingan tersebut sahaja iaitu Juara Harian RM8,000.00 dan lain-lain hadiah harian setiap hari selama 3 hari.
- Peserta yang menyertai “Package Rally” 3 hari berturut-turut layak terhadap semua Hadiah Harian RM8,000.00 dan lain-lain hadiah harian tiap hari dan Hadiah Keseluruhan Rally Fishing Championship 2009 iaitu RM15,000.00 dan lain-lain hadiah iringan keseluruhan.
- Setiap peserta yang mendaftar hanya dibenarkan 2 batang Joran. Peserta boleh mendaftar lebih daripada 1 nama.
- Hanya 5 mata kail dibenarkan untuk setiap joran. Kail mata 3, pelampung, appolo / pancing tong (koyan) tidak dibenarkan sama sekali pada hari pertandingan.
- Setiap tangkapan yang dikira mestilah mata pancing kena iaitu kail berada dalam mulut ikan (BULL).
- Penentuan PEMENANG HARIAN adalah berdasarkan tangkapan IKAN TERBERAT
- Setiap tangkapan harian ditimbang dan diberi mata untuk menentukan berat keseluruhan tangkapan sehari. Nilai mata ialah 1 kilo bersamaan 1000 mata (point).
- Penentuan pemenang keseluruhan cabaran Rally Championship 2009 adalah berdasarkan kutipan mata (point) tangkapan harian sepanjang pertandingan selama 3 hari berturut-turut. Peserta yang mengumpul jumlah MATA TERKUMPUL TERBANYAK adalah JUARA KESELURUHAN.
- Pendaftaran lewat pada hari pertandingan hanya diterima jika terdapat kekosongan kerana kapasiti kolam boleh menampung dengan selesa 3,000 peserta sahaja.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kemalangan, kehilangan atau kerosakan harta benda peserta pada hari pertandingan
- Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan perlu disertakan dengan bayaran RM200.00.
|
|