
Penaja Utama pertandingan “Rally Fishing Championship 2009” ialah ESHOPPE-ICASH melalui laman web rasminya www.eshoppe-icash.com. Laman web ini akan menjadi laman web rasmi yang mempromosikan pertandingan ini secara on-line ke seluruh dunia. Melalui laman web ini membolehkan peserta mendaftar dan membayar yuran pertandingan secara on-line. Semua maklumat mengenai pertandingan, penyertaan dan promosi boleh diperolehi di laman web tersebut.
Penaja Bersama Pertandingan ialah penaja-penaja lain yang turut serta menyumbang dan meraih manfaat komersial dan sosial samada secara langsung dan tidak langsung daripada promosi yang dilakukan oleh pihak penganjur menjelang pertandingan dan semasa pertandingan ini berlangsung. Antara nama-nama yang disenaraikan untuk dipilih menjadi penaja bersama ialah Kementerian Pelancongan, Kerajaan Negeri Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri, Majalah Pancing, Harian Metro, Harian SINAR, Utusan Malaysia, Maxis, Celcom, Digi, Petronas, Kumpulan Media Prima, Astro, RTM Perak, Air-Asia, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Korporat, Pertubuhan, Peniaga-peniaga dan Individu. Sokongan daripada penaja-penaja amat diperlukan untuk memastikan konsep pertandingan seperti ini dapat direalisasikan dengan berjaya dan menjadi acara tahunan setiap hujung tahun.
Penaja-penaja boleh menyumbang dalam beberapa kategori seperti dibawah ;
 |
 |
Membuat tajaan minimum RM50,000.00 dan diiktiraf sebagai PENAJA RASMI HADIAH UTAMA “RALLY FISHING CHAMPIONSHIP 2009”. Hanya satu Kementerian, Jabatan, Syarikat atau Badan Korporat sahaja untuk penaja bersama Primier.
Antara kelebihan diperolehi sebagai penaja kategori ini ialah :
- Mendapat liputan istimewa di laman web rasmi 24 jam mulai sekarang sehingga pertandingan selesai
- Nama dan LOGO syarikat akan di cetak disemua borang penyertaan, poster, banting, banner dan semua medium hebahan dan promosi.
- Baju dan topi akan dicetak nama dan logo sebagai penaja hadiah utama pertandingan.
- Disediakan satu “Booth” khusus untuk promosi sepanjang 3 hari pertandingan untuk tujuan promosi.
|
Membuat tajaan minimum RM10,000.00 dan diiktiraf sebagai PENAJA RASMI “RALLY FISHING CHAMPIONSHIP 2009”.
Antara kelebihan diperolehi sebagai penaja kategori ini ialah :-
- Mendapat liputan istimewa di laman web rasmi 24 jam mulai sekarang sehingga pertandingan selesai
- Nama dan LOGO syarikat akan di cetak disemua borang penyertaan, poster, banting, banner dan semua medium hebahan dan promosi.
- Baju dan topi akan dicetak nama dan logo sebagai penaja hadiah utama pertandingan.
- Disediakan satu “Booth” khusus untuk promosi sepanjang 3 hari pertandingan untuk tujuan promosi.
|
 |
 |
Membuat tajaan minimum RM5,000.00 dan diiktiraf sebagai PENAJA BERSAMA KEJOHANAN “RALLY FISHING CHAMPIONSHIP 2009”. Antara kelebihan diperolehi sebagai penaja kategori ini ialah :-
- Mendapat liputan istimewa di laman web rasmi 24 jam mulai sekarang sehingga pertandingan selesai
- Nama dan LOGO syarikat akan di cetak disemua borang penyertaan, poster, banting, banner dan semua medium hebahan dan promosi.
- Disediakan satu “Booth” khusus untuk promosi sepanjang 3 hari pertandingan untuk tujuan promosi.
|
Membuat tajaan minimum RM1,000.00 dan diiktiraf sebagai PENAJA KEJOHANAN “RALLY FISHING CHAMPIONSHIP 2009”. Antara kelebihan diperolehi sebagai penaja kategori ini ialah :-
- Mendapat liputan istimewa di laman web rasmi 24 jam mulai sekarang sehingga pertandingan selesai
- Disediakan satu “Booth” khusus untuk promosi sepanjang 3 hari pertandingan untuk tujuan promosi.
|
Penaja-penaja juga boleh membuat tajaan dalam bentuk promosi, perkhidmatan, barangan, peralatan dan sebagainya. Kami mengalu-alukan penajaan untuk membolehkan pertandingan memancing
“RALLY FISHING CHAMPIONSHIP 2009” berjalan lancar dan mampu menyahut cabaran Kerajaan Negeri Perak untuk menjadikan acara ini acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Perak.